Friday, August 5, 2011

Killer Instinct

Dulu masa muda-muda main bola, aku main forward. flanker pun boleh. Aku masih ingat lagi pesan coach,"Faliq, yang penting bila you confident nak try, you try. Masuk gol atau tidak, itu belakang kira. Biar 10 kali try semua miss, daripada takda langsung. Selalunya daripada 10 try tu, mesti ada 1 gol. Yang penting kita kena try."

Dalam tournament tu, aku score 4 goals dari 6 games. Masa tu aku main Left Wing. Legend tak legend abang, dik? Haha. Dulu abang memang legend, tapi sekarang..

Haaa. ini hasil eh. Lebih kurang macam ni lah.

Okay, cut the crap. Bila kita bercakap berdasarkan konteks bola sepak Malaysia, mostly players di Malaysia ni ada good shooting technique, cuma mereka tak confident bila masa yang sesuai untuk pull the trigger. Bad timing produces bad result. Berdasarkan scenario sekarang ni, kita terlalu bergantung kepada Safee Sali dan pemain lain seolah-olah tidak mampu melakukan penyudah. Paling obvious ialah ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan. Jumlah percubaan pun sangat mengecewakan.



What if Safee Sali tak ada?


Kebolehan Safee Sali menyerupai kebolehan Carlos Tevez. Shooting accuracy dan shooting power yang baik, selain work rate yang sangat tinggi. Mereka beraksi seolah-olah tiada penyerang bantuan. Flair dan aggresion mereka cukup mengagumkan. Safee Sali sedang menghampiri kemuncak career beliau. Perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Siapa candidates yang ada?

Abdul Hadi Yahya; Penjaring gol terbanyak Liga Super 2011. Tapi apabila bersama pasukan kebangsaan, beliau kurang menyengat. Percubaan yang berbahaya juga jarang dilakukan. Mungkin belum dapat rhythm dan blend dengan pasukan kebangsaan dengan sepenuhnya. Potensi beliau belum digunakan dengan sepenuhnya. Seolah-olah takda dalam pasukan, sekiranya bermain bersama Safee Sali. Lebih sesuai dijadikan Top Striker, berbanding Second Striker.

Shahrizal Saad; Goal scoring ability-relatively unknown. Technical skills agak baik. Cuma kurang paham kenapa King Raja selalu bagi call-up kepada beliau, walhal goal-scoring record beliau tidak memberangsangkan ketika bersama Johor FC pada musim ini. Tapi bak kata King Raja, "Saya kenal pemain saya."

S. Chanturu; Kulim Express. Acceleration yang baik. Lebih berfungsi jika digunakan di bahagian sayap kanan.

Ashaari Shamsuddin; Babyface. Vision dan pace yang baik. Sangat berbahaya sekiranya dibenarkan berlegar di dalam kotak D. Senang cerita, Kotak D tu dia punya. Macam Ruud Van Nistelrooy. Jadi sayap kiri pun agak cun.

Selain itu;

Akmal Rizal Ahmad Rakhli; Punya shooting qualities yang sangat baik, bak kata Ian Rush. Taktau mana silapnya, mungkin beliau merupakan seorang early bloomer. Prestasi yang tidak konsisten. Aggresion dan pace yang makin dimamah usia. Tetapi jika diberi ruang, he's deadly. A complete forward, ibarat Safee Sali pencen.

Norshahrul Idlan Talaha; Possess good techniques, dari shooting hingga ke dribbling. More to fancy style of play. Sangat clique jika bermain bersama Safee Sali. Boleh bermain sebagai Top/Second Striker, dan Deep-Lying Forward seperti Dirk Kuyt. Jangan mimpi nak dribble one-on-one dengan dia.

Nizaruddin Yusof; A trequarista. Rolenya lebih kurang seperti Alessandro Del Piero. Menggunakan physical attributes yang untuk merobohkan benteng lawan. Boleh jadi Top Striker, cuma killer instinctnya kurang. OUTDATED.


Zaquan Adha; Pernah dipilih sebagai salah seorang Penyerang Muda Terbaik Asia ESPN ketika beliau berumur 20 tahun. Pace yang tinggi. Boleh jadi Top Striker/Second Striker. Similar to Norshahrul Idlan Talaha. A nightmare to every defenders. Sayangnya, beliau masih dalam mood honeymoon. ;)


Dalam perkiraan aku, hanya Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha, Akmal Rizal dan Abdul Hadi Yahya yang sesuai dijadikan top striker negara ketika ini selain Safee Sali, berdasarkan kepada our national pool. Mereka bertiga (kecuali Abdul Hadi) telah terbukti keberkesanannya di peringkat antarabangsa. Kini semuanya terletak di bahu Abdul Hadi sekiranya Safee Sali tiada, kerana yang lain sering dibelenggu kecederaan. Ini merupakan satu krisis kepada barisan serangan negara, dan solusinya harus dicari dengan segera.

Nizaruddin Yusof macam tak ada chance dah? :p

1 comment:

  1. Faliq Firdaus Legend of PZ & KGV. aahahaha

    ReplyDelete