Monday, November 21, 2011

Malaysia Bakal Ketinggalan

Pasukan bola sepak negara bakal  ketinggalan dalam masa 4-5 tahun yang akan datang. Bukan pasukan Malaysia sahaja. Bahkan, seluruh pasukan di Asia Tenggara ini bakal ketinggalan dengan kuasa baru yang sedang meningkat naik, iaitu Indonesia. Percaya atau tidak, pasukan Indonesia mempunya "talent pool" yang sangat besar serta tidak akan ketandusan bakat-bakat baru. Kerana apa? Hampir puluhan, malah ratusan pemain remaja Indonesia kini sedang bermain di liga-liga seluruh dunia. Dalam masa 4-5 tahun, mereka akan pulang ke tanah air dan menyarung jersi Indonesia.

Skuad AFF Indonesia 2010.



Tidak kiralah sama ada pemain ini sudah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Indonesia atau sebaliknya, yang pasti mereka berdarah Indonesia dan belum lagi menyarung jersi mana-mana pasukan kebangsaan. Seperti yang kita ada, Brendan Gan yang bakal menyarung jersi pasukan negeri Sabah pada tahun 2012 sebagai pemain import. Berikut merupakan pemain yang mempunyai darah Indonesia yang bermain di luar negara. Aku senaraikan 5 pemain top yang bakal sarung jersi Indonesia SAHAJA. 5 PEMAIN SAHAJA. Bersepah lagi Indons di luar negara sana. Tak payah nak cerita lebih lebih pasal Indon ni. Fokus team kita dulu.

James Zaidan (New York Cosmos)
Andrea Bitar (FC Cannes)

James Zaidan dan Andrea Bitar
Dua orang pemain kat atas ni semuanya bawah 23 tahun. Datang selection untuk skuad Olimpik Indonesia, tetapi coach masa tu, Alfred Riedl kata diorang masih inexperienced dan perlu competitive matches. Dalam 3-4 tahun, aku jangka diorang ni kembali sarung jersi skuad senior. Andrea Bitar ni, mana muka Indon eh? Harammm, bau-bau bacang pun tak ado.

Arthur Irawan (Espanyol)
Stefano Lilipaly (FC Utrecht)

Arthur Irawan
18 tahun. Baru sign untuk pasukan Espanyol(Spain) 2 minggu lepas. Gempak tak? According to club officials, pemain ni mampu memikat kelab besar seperti Manchester United. Bakal pengganti Boaz Salossa buat tahun yang mendatang. Datang selection team olimpik Indonesia masa kendalian Alfred Riedl, tapi sekali lagi direject.

Stefano Lilipaly
Stefano Lilipaly. Nama macam lolipop. Represented Netherlands masa zaman remaja dulu. 10 Oktober 2011 yang lepas, dah sign citizenship Indonesia dengan 4 lagi pemain, antaranya Sergio Van Dijk(Adelaide United), and yet to represent the Indons. Semuanya terletak di tangan jurulatih.

Oliver Rifai (AZ Alkmaar)

Oliver Rifai
Ex U17 international untuk skuad Netherlands. Dengan rela hatinya meng"offer"kan diri untuk bermain bersama skuad Garudadaku.

Bukan setakat lima pemain ini sahaja, beratus lagi pemain yang mempunyai darah Indonesia di luar sana. They are like rats, they are everywhere. Konsep yang mereka gunakan ini, berbeza dengan yang digunakan oleh Singapura. Mereka mengambil pemain yang mempunyai darah Indonesia sahaja, kes Christian Gonzales itu ialah kes terpencil. Bagaimana dengan pasukan Malaysia? Kita ada pemain berdarah Malaysia di luar sana seperti Takeshi Takeda, Brendan Gan. Terdapat beberapa masalah yang menghalang proses mengambil pemain ini.

Method Malaysia yang menghantar satu pasukan ke Slovakia untuk menimba pengalaman di sana sangat membantu, buat masa ini. Buat setahun dua lagi, Malaysia masih lagi boleh bertahan. Tetapi untuk 4-5 tahun yang akan datang, percayalah bahawa Malaysia akan ketinggalan. Kerana mereka mempunyai talent pool yang sangat besar, manakala kita hanya terhad kepada pemain Harimau Muda yang dihantar ke Slovakia sahaja. Oleh itu, sekolah/akademi bola sepak seharusnya memainkan peranan yang besar selepas ini, bagi menjamin kesinambungan bakat-bakat untuk diketengahkan ke dalam skuad negara. Tengok keadaan sekarang ni, you boleh tengok perbezaan di antara pemain yang dihantar bermain di Slovakia dengan pemain tempatan. Zubir Azmi, Yong Kuong Yong, masih lagi belum berupaya untuk mendapat kepercayaan penuh Ong Kim Swee untuk Sukan Sea ke 26 ni. Sebagai contoh, posisi sayap kiri yang khabarnya akan di isi oleh Asraruddin.Tak ada pemain lain ke? Nampak sangat kita ketandusan pemain yang berkualiti. Nampak sangat perbezaan kualiti di antara pemain first eleven dengan pemain simpanan. Sampai terpaksa mengambil pemain bek kiri untuk naik ke sayap. Mampukah Malaysia mempertahankan kejuaraan AFF 2012 mereka? Ini yang bakal menjadi persoalan.

p/s : Bersepah the Indons ni di serata dunia. Mana datang eh? :p

6 comments:

  1. MUngkin, tetapi rasanya sesebuah pasukan kebangsaan tidak sangat memerlukan kemahiran teamwork yg perlu bermain dalam tempoh lama untuk mencapai keserasian bukannya talent yg hanya dtg hanya untuk mewakili negara bila sampai waktu, contoh terbaik Barca..

    ReplyDelete
  2. pool of players... kita sangat kecil...
    dilemahkan lagi oleh prasarana dan pengurusan tahap cipan.. memang kita akan ketinggalan

    ReplyDelete
  3. errk..... anda mungkin terlupa.. pemain Malaysia bukan shaja berdarah Malaysia tetapi mempunyai karisma terhadap negara mereka... Ketinggalan mungkin tidak.. cube and semua fikirkan kenapa dan mengapa pemain Indonesia yg nermain di luar tidak di panggil untuk menyarung jersi kebangsaan mereka..... adakah betul ada pemain mereka yg bermain di luar negara seperti di Europe... anda lupe ker kelayakan untuk bermain di Europe .. Setidak²nya mesti di kalagan rangkin 6o keatas FIFA atau pernah mewakili mana² kelab division 3 pre amatur selama 1 tahun......dan untuk pengetahuan semua skuad 16 tahun Harimau MMuda masih ada.. dan bakat² mereka masih lagi boleh di asah... begitu juga dengan yg masih berada di akedemi² sukan ..... yg penting dalam sebuah pasukkan bolasepak adalah keserasian dan kerjasama yg tinggi dalam mengatur strategi di padang..... itu yg di tekankan oleh coach² Malaysia....

    ReplyDelete
  4. rasenye EPL je yg wat rules camtu..ranking FIFA 70 ke bawah..liga lain xde pon..

    ReplyDelete
  5. ape nk risau.Acuan dari Slovakia kita dah bawa balik ke Malaysia.Jd..apakah gunanya berkampung di sana untuk 1 team..setidak2nya adalah pembelajaran yg boleh disimulasikan di Malaysia khususnya di peringkat junior bwh 12,bwh 14,bwh 17.Tak cukup lg..antar smula mungkin ke negara2 lain pula

    ReplyDelete
  6. Anon 3.47,

    Untuk pengetahuan kita bersama.

    From TheFA (England)

    1. A player must have played for his country in at least 75% of its competitive “A” team matches he was available for selection, during the 2 years preceding the date of the application;

    2. The player’s country must be at or above 70th place in the official FIFA World Rankings when averaged over the 2 years preceding the date of the application; and

    3. The application for a GBE must be made by a club in membership of the Premier League or Football League and the player will only play for clubs in membership of those leagues. Competitive matches

    - Kes yang lain akan dipertimbangkan sekiranya seseorang pemain untuk merupakan seorang pemain yang "exceptional" ataupun bertaraf dunia.

    Peraturan ini hanya applicable di United Kingdom( spt Wales, Scotland, Northern Ireland), bukan di eropah. Tidak perlulah saya nyatakan peraturan work permit daripada negara lain untuk dijadikan contoh. Kebanyakan negara lain, hanya menggunakan work permit EU sebagai guideline. Tidak silap saya, work permit EU tidak hanya tertakluk kepada sukan bola sepak, dan mudah untuk diperoleh.

    Utk pengetahuan saudara, hampir setiap pekerjaan(spt basketball,cricket, ice hockey, rugby dan dll) di UK work permitnya yang tersendiri. Langkah yang dilakukan kerajaan UK ini adalah untuk mengawal kualiti dan taraf pekerjaan di UK. Hanya yang benar-benar mampu memberi sumbangan yang besar sahaja yang diberikan work permit.

    Senang cerita, macam ni lah. Bukankah negara Slovakia itu negara Eropah?

    Kita ada 3 pemain yang bermain secara on loan di situ bukan? Fadhli Shas, Irfan Fazail, dan Wan Zack yang bermain di FC ViOn selama 3 bulan di situ.

    Jadi tidak mustahil sekiranya pemain-pemain indonesia ini boleh bermain di negara-negara eropah yang lain.


    TQ.

    ReplyDelete