Saturday, June 16, 2012

Frenz Trophy 2012/ Piala Frenz 2012

Apa itu Frenz Trophy 2012? Hangpa boleh pergi dekat http://frenztrophy.com.my/.
Kejohanan bola sepak bawah 14 tahun yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 untuk Johan pertandingan.

Pasukan Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS) pun join jugak. Captain dia Amin Zainuddin, anak Tun Daim Zainuddin yo!
Team-team yang masuk adalah pasukan yang ada reputasinya yang tersendiri. Victoria Institution, Projek 11 (Seksyen 11, Shah Alam), SMK Tunku Ampuan Durah (STAD), Penang Free School, Frenz United, CIMB-YFA dan banyak lagi. Siapa yang mengikuti perkembangan bola sepak peringkat sekolah dan bawah umur, pasti gerun bila tengok nama-nama kelab yang aku sebut tadi.


Tetapi dalam pertandingan ini, nama sahaja tak cukup. Projek 11 yang merupakan sekolah ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, satu masa dulu, menjadi skuad belasahan masa peringkat kumpulan. Taktau lah kot dia hantar budak Form 1, nak bagi pendedahan ke apa. Victoria Institution, bekas sekolah Allahyarham Mokhtar Dahari, meletup and live up to the expectation dan akan bertanding dalam saingan Separuh Akhir menentang Frenz Biru(as im writing this).


STAD, bekas sekolah kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, pun agak meletup tapi hanya mampu sampai ke peringkat Suku Akhir, selepas tewas kepada pasukan Frenz Merah 1-0. Team STAD cukup berani, dan bukan senang nak beat Frenz Merah. Menurut rumours Mat Teropong, STAD baru je terima RM20,000 daripada Menteri Besar NS atas pencapaian ke Suku Akhir Piala Frenz 2012, tapi kecundang lah pulak. Nakk buek canoooo, takdo joki.

Pemain KLYS(oren), Hannu Pak Fai Tam, antara yang menyinar.
Frenz Merah merupakan pecahan daripada Frenz United yang terbahagi kepada Frenz Merah dan Frenz Biru dalam Frenz Trophy 2012. Frenz Merah tamatkan saingan kumpulan(4 pasukan) dengan mata penuh dan 48 jaringan gol. Kau hado?

Frenz Biru dia pisang sikit, performance dia "2nd-half" baru meletup. Tapi overall, Frenz United are now a force to be reckoned with! Bukan lagi pasukan Malaysia bawah 14 tahun. Pasal apa? Baru-baru ni, Frenz United seri 0-0 dengan Malaysia Bawah 14 dalam satu friendly match. Kalau KGV bro, kena titik 10-0! Hahaha!

Projek 11 kalau tak silap.
Overall, tournament ni a success to me. Tapi yang tak syiok, masa game Suku Akhir PNSB vs Frenz Merah, penonton PNSB buat lagak kampung. Lagak kampung macam hampeh! Game tu PNSB kalah 4-0 dengan Frenz Merah.

Masa ketinggalan 4-0, penonton mereka kata apa?


"Boleh la 4-0, team(Frenz) perabis ratus ribu!"


"Belanja ratus ribu dekat budak-budak, kalau tak menang taktau la woi!"


"Woiii balik la woi! Buat tournament menang sendiri!"


"Buat tournament syiok sendiri!"



Apa yang aku tak boleh terima, masa masih seri 0-0, taknak pulak penonton ni bising. Ni bila dah kena titik 4-0, menyalak macam *****. Surprisingly, yang menyalak ni semua mak bapak pemain PNSB. Maafkan SAYA kalau SAYA pakai perkataan MENYALAK. Tapi memang memalukan, dan gelaran itu layak baginya. 


Frenz United Merah. Setaraf pasukan Malaysia Bawah 14.


To be fair, PNSB train 2 kali seminggu. Frenz tiap-tiap hari. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk mengkritik organizer sebab team PNSB pisang.


Sebab apa aku cakap macam tu? Biasalah kena maki ke apa masa main bola. Tapi ini kau kritik organizer, sebab team kau pisang, dan kena titik dengan team yang lagi bagus. Apa ke bendanya tu? Dah memang team kau tak berapa nak bagus, terima jelah kenyataan. Ini kau nak salahkan orang lain. Apa ke pisang perangainya tu?

Masa aku diberi job untuk interview player, a technical director of the tournament cakap dgn aku, kalau boleh elakkan interview Frenz punya representatives je, sebab taknak nampak bias. But I can't help, Frenz punya players tersangat bagus bagi umur 14 tahun, dan aku makin berminat macam mana diorang main dulu, sebelum join Frenz.

Haziq Mohsein(Frenz United Merah), pemain feveret aku untuk tournament ni.

Itu sahaja bits and pieces dari saya mengenai Piala Frenz 2012. As I am writing this, baru habis saingan Suku Akhir pertandingan. Bila dah tamat pertandingan, nantikan Frenz Trophy 2012 Best XI daripada Apa Kata Faliq! Chow!

4 comments:

  1. Buat tournament menang sendiri!
    syiok sendiri,

    apa tidak nya ,ada ke patuk,di peringkat separuh akhir lawan kumpulan yang sama ia itu,
    C1 lawn C2 dan D1 lwn d2, lihat macam mana FIFA...

    ReplyDelete
  2. dah x boleh kalahkan dok macam2 alasan pulak si anon 11:26am ni pulak

    woi ni tonomen under 14 lah.emphasis on player development > next stage baru team development xyah kelam kabut

    SAYOOQQ

    ReplyDelete
  3. kalau tak,syiok sendiri,

    tak la jadi macam tu,kalau berani lwn laaa,
    C1 lwn D2,DAN C2 lwn D1,
    macam euro tuuuuuu.BI

    ReplyDelete
  4. tak silap aku sebelum pertandingan diadakan perjumpaan atau meeting antara pengurus bagi menerangkan segala hal spt jadual peraturan dan apa-apa saja yang berkaitan dgn perlawanan....diwaktu itulah kalau adakesangsian danbantahan boleh dibuat...

    bersetujulah dgn penulis, penyokong lagak kampung di indonesia...dah kalah salahkan orang lain...kakakakakakakakakaka

    ReplyDelete